GUGUP dan gementar, itulah perasaan yang dirasai pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail, apabila bertanggungjawab menikahkan anak perempuannya, Khairina Iman, dengan pilihan hati, Haziq Asri Zuhaimi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada pagi Jumaat.Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ismail, 50, berkata, disebabkan terlalu gemuruh, dia berulang kali berlatih menyebut lafaz akad bagi memastikan semuanya berjalan lancar. "MasyaAllah, saya ini walaupun nampak selalu bercakap depan orang, guna mikrofon, tapi situasi itu berbezalah.Suasana sebak apabila Faizal dan anak perempuannya saling berpelukan selepas majlis akad nikah."Sebab kali ini suasananya untuk kita nikahkan anak sendiri. Memang tak pernah lagi dalam hidup saya. Berbanding buat pengumuman pemenang, itu lain."Dah lama saya tak gugup macam ini. Saya tengok berulang kali skrip akad nikah, termasuk nama pengantin lelaki, supaya dapat melafazkan dengan lancar. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya kepada mStar.Pada majlis berkenaan, Faizal memaklumkan anaknya menerima mas kahwin sebanyak RM7,777 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Faizal Ismail pernah ‘bahan’ rakan hos di atas pentas, bincang dulu elak terasa hatiARTIKEL BERKAITAN: “Lima stesen radio tawar saya kerja” - Selepas 9 tahun tinggalkan dunia penyiaran, Faizal Ismail buat ‘comeback’ jadi penyampai ZayanBerkongsi lanjut, Faizal berkata Khairina, 24, dan Haziq, 27, mula berkenalan kira-kira dua tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada April lalu.Menurutnya, dia tertarik dengan keperibadian Haziq yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang tenang, penyabar dan mampu melengkapi personaliti anaknya."Dia seorang lelaki yang lembut, soft-spoken dan pemalu. Saya rasa itu ciri-ciri yang anak saya suka. Agama itu paling penting. Yang lain, insya-Allah akan datang.FAIZAL ISMAILPENGACARA/PENYAMAPI RADIO"Anak saya pula macam bapaknya juga, kadang-kadang lantang, jadi saya rasa ia satu penyatuan yang baik."Dia tak nak orang yang cepat baran. Haziq memang seorang lelaki lembut yang boleh memberikan layanan yang baik," ujarnya.Dalam pada itu, Faizal berkata dia sempat menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan pengantin supaya sentiasa memelihara keharmonian rumah tangga yang dibina.Dari kiri isteri Faizal (Nor Azlina Ahmad Din), Khairina, Haziq dan Faizal."Rumah tangga yang dibina kena kekalkan dengan saling memahami, mengawal ego masing-masing dan sentiasa memberkati rumah tangga dengan amalan agama."Kepada pengantin lelaki, Haziq, masa pertama kali jumpa pun saya dah cakap. Dia adalah nakhoda. Kalau dia pimpin dengan baik, insyaAllah isteri dan anak-anak akan ikut dia."Agama itu paling penting. Yang lain, insyaAllah akan datang," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!