PELAKON Jaa Suzuran mengakui terbuka untuk bertemu jodoh dengan wanita berstatus ibu tunggal kerana menganggap golongan itu sebagai wanita hebat yang wajar dihormati.Jaa atau Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata masyarakat tidak sepatutnya memandang sinis terhadap ibu tunggal kerana mereka merupakan wanita hebat yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran hidup. “Sebenarnya saya mengalu-alukan wanita yang berstatus ibu tunggal sebab kadang-kadang orang pandang sinis dengan golongan ini. “Di mata saya ibu tunggal itu adalah seorang wanita hebat dan saya tidak bersetuju jika orang di luar sana memperlekehkan mereka. Jaa mencari pasangan hidup yang sekufu pemikiran.“Saya tidak ada masalah sekiranya pasangan berstatus ibu tunggal tetapi dengan syarat maksimum dia mempunyai dua orang anak saja,” katanya kepada mStar. Jaa berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran filem Tiket Sehala yang diadakan di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, Jaa menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai hasrat mencari pasangan bergelar ibu tunggal dibuat sekadar berseloroh.Bagaimanapun, dia tidak menyangka gurauan itu menerima pelbagai reaksi sehingga ada wanita yang menghubunginya secara ikhlas untuk berkenalan.ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran dah lali diasak soalan jodoh, pernah terasa hati... “Hari-hari orang tanya bila nak kahwin”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Trauma kena ‘screenshot’, diperli secara terbuka... Jaa Suzuran fikir banyak kali nak berkenalan dengan wanita“Sebelum ini saya memang ada berkongsi mahu mencari pasangan bergelar ibu tunggal tetapi itu hanyalah sekadar bergurau. “Namun tak sangka pula ada yang memang datang (mesej) dan ikhlas nak berkawan. “Saya tidak double standard, sama ada miss J (panggilan janda) atau tidak semuanya sama saja,” ujarnya. Berkongsi ciri wanita idamannya, Jaa berkata dia mengutamakan keserasian dari segi pemikiran selain memiliki keperibadian yang baik.“Pertama sekali calon itu mestilah seorang wanita, kedua saya mahu wanita sekufu pemikirannya dengan saya dan dia haruslah cantik di mata saya. Jaa (kiri) berseloroh bergambar dengan isteri hasil foto teknologi kecerdasan buatan (AI).“Kalau boleh nak yang berhijab, tapi kalau tidak pun tak mengapa saya akan bimbing sehingga dia menutup aurat,” katanya.Dalam perkembangan lain, Jaa bakal membintangi filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali, terbitan produksi Key Billions Sdn Bhd.Tiket Sehala merupakan kisah yang diinspirasi daripada kisah sebenar yang berlaku ke atas mangsa penipuan sindiket pekerjaan di luar negara. Selain Jaa, filem ini turut dibintangi oleh Noki K-Clique, Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa dan Zaki Yamani.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!