BUAT pertama kalinya kumpulan rock popular dari Thailand, Three Man Down, bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 5 September depan.Konsert anjuran Yolo Malaysia itu akan berlangsung di Odeon KL dan menjadi antara acara muzik paling dinantikan peminat kumpulan tersebut. Sambutan luar biasa turut dibuktikan apabila tiket bagi kategori Premium Seats dan Cat 2 telah habis dijual sejak awal dibuka secara atas talian. Three Man Down akan dendangkan lagu-lagu popular mereka buat peminat Malaysia.Bukan sekadar penampilan pertama di Malaysia, konsert itu juga mencerminkan perkembangan kerjaya Three Man Down yang semakin kukuh di peringkat serantau menerusi deretan lagu popular mereka.Sepanjang persembahan itu nanti, peminat berpeluang menikmati lagu-lagu popular seperti Fon Tok Mai, Tha Ther Chan Jing, Khang Kan dan Pleng Rak yang menjadi siulan peminat di seluruh Asia.Menurut wakil Yolo Malaysia, Ib Harun, konsert berkenaan telah lama dirancang memandangkan Three Man Down mempunyai kelompok peminat yang besar di negara ini.ARTIKEL BERKAITAN: Jualan tiket tak capai sasaran, konsert Isyana Sarasvati batalARTIKEL BERKAITAN: MCR, Evanescence datang KL November depan"Konsert ini merupakan sesuatu yang telah lama kami usahakan. Kami sendiri menyaksikan sokongan luar biasa yang diberikan peminat Malaysia kepada Three Man Down."Membawa mereka ke sini untuk konsert pertama di Malaysia adalah sesuatu yang amat bermakna. Sambutan yang diterima juga jauh melebihi jangkaan kami," katanya.Three Man Down pernah menerima anugerah JOOX Thailand Music Awards.Sementara itu, wakil Yolo Thailand, Nam Warunnasorn menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai langkah penting dalam mengukuhkan hubungan industri muzik antara Thailand dan Malaysia."Konsert ini merupakan langkah pertama yang penting, namun pastinya bukan yang terakhir."Kami berharap dapat membawa lebih ramai artis Thailand yang mempunyai kelompok peminat di Malaysia dan terus mengeratkan hubungan antara industri hiburan kedua-dua negara," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!