suria

Farah Nabilah rindu nak berlakon semula, tapi masih bimbang Covid-19 - “Ada ahli keluarga berisiko, saya terpaksa pilih duduk rumah”

Farah Nabilah masih bimbang untuk keluar rumah kerana bahaya Covid-19.

HAMPIR dua tahun memperlahankan karier seni kerana memberi tumpuan kepada keluarga dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Farah Nabilah mengakui terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Farah atau nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 29, bagaimanapun berkata dia masih belum mempunyai keberanian untuk menerima tawaran lakonan kerana bimbang jangkitan Covid-19 yang masih tinggi.

Malah, dia juga masih dihantui kebimbangan untuk keluar rumah meskipun kerajaan sudah melonggarkan beberapa sektor ekonomi dan sosial sejak awal September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah nak ‘slowdown’ berlakon selepas dapat anak, mula buat bisnes - “Sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa Farah Nabilah tak buat ‘come back’ berlakon - “Zaman sekarang ini bukan mudah, saya tak nak silap percaturan”

"Walaupun sudah banyak sektor ekonomi yang boleh mula beroperasi contohnya makan di kedai dan beriadah, saya pilih untuk tidak keluar.

"Saya sudah mendapatkan vaksinasi tapi kerana mempunyai ahli keluarga yang lebih berisiko untuk dijangkiti dan tak dapat dilindungi diri mereka dengan vaksinasi, jadi saya perlu berjaga-jaga.

farah nabila 2

Farah rindu set penggambaran dan mahu berlakon semula.

"Sejujurnya memang rindu nak shooting, ada pihak produksi dah panggil dan memberi tawaran tetapi saya pilih untuk stay at home (duduk rumah) kerana kebebasan ini baru sahaja diberikan... risau impak di masa hadapan," katanya.

Pelakon drama Titian Cinta ini berkongsi perkembangan terkininya itu semasa bual bicara program amal NR4FRIDAYS berjudul Stigma Covid-19 di Instagram Live, baru-baru ini.

Dalam program itu, panel berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika Covid-19 melanda negara.

Farah turut membuat perkongsian bersama petugas barisan hadapan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19.

Turut menyertai sesi perbincangan tersebut ialah petugas perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau, Sabah, Doktor Abdullah Muhaimin Amran.

Apabila pandemik bertukar menjadi endemik, penting untuk kita terus mengikut SOP yang ditetapkan.

FARAH NABILAH

PELAKON

Sementara itu, Farah meminta orang ramai mengambil vaksin bagi bersama-sama membantu negara mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Bakal memasuki fasa endemik tidak lama lagi, Farah mengingatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diutamakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

farah nabilah 3

Farah urus keluarga sepanjang tempoh PKP.

"Apabila pandemik bertukar menjadi endemik, pentingnya untuk kita terus mengikut SOP yang ditetapkan dan sentiasa ingat slogan Kita Jaga Kita.

"Dapatkan apa sahaja vaksin kerana jenama itu tidak penting, namun kebaikan vaksin itu dapat melindungi diri.

"Dalam keadaan sekarang ini, macam-macam stigma boleh timbul mengenai virus dan vaksin sehingga menyebabkan seseorang terkesan dan tertekan. Jadi kita kena dapatkan maklumat yang sahih," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain