suria

Lagi artis jadi mangsa godam, Wafiy Ilhan fikir positif... MV single pertama cecah 2.4 juta tontonan tinggal kenangan

Wafiy berharap akaun YouTube miliknya dapat dikembalikan.

PENYANYI remaja Wafiy Ilhan menjadi mangsa ketiga selepas Nabila Razali dan Nana Sheme apabila saluran YouTube miliknya turut digodam pada Isnin.

Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafiy Ilhan Johan, 19, berkata, dia sedih apabila muzik video single pertamanya berjudul Lat Tali Lat yang sudah menceceah 2.4 juta tonton an hilang begitu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali diuji lagi... hilang 400,000 ‘subscriber’ YouTube, peminat hairan MV lagu ‘Peluang Kedua’ tidak dijumpai

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Sheme sedih YouTube kena godam, hilang kenangan 10 tahun - “Ada sentimental value dengan arwah ibu”

"Saya hanya tahu akaun YouTube saya sudah tiada selepas dimaklumkan pihak pengurusan lama pada pagi semalam (Isnin).

Wafiy 1

Wafiy terkejut apabila dimaklumkan akaun YouTube miliknya sudah hilang.

"Memang agak terkejut dan terfikir dugaan apa lagi nak datang. Ikutkan jumlah pengikut di YouTube hampir 100,000... dalam 96,000 pengikut dah.

"Walaupun saya tak berapa aktif di YouTube tapi banyak juga kenangan. Terutama video muzik single pertama saya yang sudah cecah hampir 2.4 juta tontonan.

Bila dapat tahu, saya tarik nafas dan bertenang.

WAFIY ILHAN

PELAKON

"Agak sedih sebab saya sendiri yang mengarahkan MV lagu tersebut dan kini hilang begitu saja," kata Wafiy ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, mStar melaporkan Nabila Razali dan Nana Sheme kehilangan akaun YouTube mereka selepas digodam individu tidak bertanggungjawab pagi Isnin.

Dalam pada itu, Wafiy yang mula dikenali selepas menyertai program Ceria Popstar ini memberitahu dia menerima dugaan tersebut secara tenang dan positif.

Wafiy 2

Wafiy hanya tenang hadapi dugaan.

"Saya tak nak panik sebab takut masalah lain yang datang. Jadi, kena reda dan tenang saja. Bila dapat tahu, saya tarik nafas dan bertenang.

"Insya-Allah mesti ada jalan penyelesaian. Pihak pengurusan lama pun sedang cuba untuk dapatkan balik akaun itu. Tapi saya tidak mahu berharap.

"Saya siap sedia dengan kemungkinan, kalau tak dapat, tak apa. Saya akan buat akaun baru dan saya akan sediakan content yang lebih baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain