suria

Nabila Razali diuji lagi... hilang 400,000 ‘subscriber’ YouTube, peminat hairan MV lagu ‘Peluang Kedua’ tidak dijumpai

Akaun YouTube Nabila Razali hilang dipercayai digodam.

SELEPAS kedai ayam goreng dipecah masuk, penyanyi Nabila Razali sekali lagi diuji apabila saluran YouTube miliknya Nabila Razali Entertainment digodam pihak tidak bertanggungjawab pada pagi Isnin.

Nabila, 29, berkata, dia terkejut apabila menerima emel daripada pihak YouTube yang menyatakan saluran berkenaan memuat naik kandungan yang melanggar terma dan syarat.

Katanya, sehingga kini dia masih belum mengetahui punca akaunnya itu dipadam, namun pihak pengurusannya sedang berusaha mendapatkan semula akaun berkenaan.

"Ya Allah, YouTube channel Nabila Razali Entertainment kena godam!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siapa punya kerja? Cawangan kedai ayam goreng Nabila Razali dipecah masuk, rugi RM2,000 - “Kesian guna cara salah cari duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Belum fikir soal kahwin... Nabila Razali sudi jika ada yang serius mahu kenal hati budi

"Hati saya hancur. Sekarang team saya sedang berbincang dengan YouTube untuk menyelesaikan masalah ini.

"Harap sangat Bella dapat semula akaun itu. Korang tolong doakan ya! Tak ada mood hari ini,” katanya menerusi Instastory pada Isnin.

nabila razali 3

Nabila sedih apabila mengetahui akaun YouTube miliknya hilang.

Sementara itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata mereka mula menyedari kehilangan akaun yang memiliki hampir 400,000 pengikut itu selepas dimaklumkan oleh peminat menerusi laman Twitter.

"Pagi ini ada pengguna Twitter memberitahu mengenai akaun YouTube Nabila hilang... mereka tanya kena godam ke sebab dah tak ada.

Sayangnya sebab takkan lagu baru akan datang kita nak kena buat channel baru!

ASRUL

PENGURUS NABILA RAZALI

"Saya semak emel dan mendapati ada video yang dimuat naik tanpa pengetahuan kami telah diturunkan pihak YouTube kerana terdapat pelanggaran terma dan polisi laman tersebut.

"Emel kedua pula memberitahu saluran YouTube itu sudah ditutup. Kita pun tak tahu apa punca sebenar, sekarang ni team kami sedang usaha mendapatkan semula akaun itu," katanya ketika dihubungi mStar.

nabila utube

Peminat memaklumkan tidak dapat menonton MV lagu Peluang Kedua pada pagi Selasa.

Sementara itu, Asrul meluahkan kebimbangan jika akaun Nabila Razali Entertainment itu tidak dikembalikan semula dan ditutup buat selama-lamanya.

Ini kerana akaun YouTube berkenaan merupakan platform yang digunakan Nabila bagi mempromosikan lagu dan kerjaya seninya.

Tambahan pula, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.

"Akaun itu kita buat April 2020 semasa lancarkan lagu Peluang Kedua yang sehingga kini menerima lebih 32 juta tontonan.

"Sayangnya sebab takkan lagu baru akan datang kita nak kena buat channel baru... nak mulakan semula bukan senang, InsyaAllah kita akan usahakan untuk dapatkan semula akaun itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain