suria

Rindu suara arwah Achik… ‘Malam Semakin Dingin’ versi Tajul, Afieq Shazwan dapat perhatian - “Terasa ada suara ketiga hadir dalam lagu”

Gandingan Tajul dan Afieq Shazwan dalam lagu Malam Semakin Dingin terima pujian peminat.

PENYANYI Tajul dan Afieq Shazwan teruja apabila diberi peluang menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spin.

Gandingan dua penyanyi ini mengundang perasaan sebak peminat Allahyarham Achik yang merupakan vokalis dan membawa nama Spin sebagai salah satu kumpulan popular pada tahun 1999.

Tajul yang juga adik kepada Achik mengakui bukan mudah untuk menyanyikan semula lagu arwah abangnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat larang kahwin awal, ada pula yang tak senang Afieq Shazwan rapat dengan Wani Kayrie

ARTIKEL BERKAITAN: Makin manis isteri Tajul pakai tudung, katanya terdetik hati selepas pemergian arwah Siti Sarah

“Sejujurnya masa syarikat rakaman, FMC membincangkan mengenai lagu ini rasa gementar juga... tapi apabila dimaklumkan akan berduet dengan Afieq saya lega terus bersetuju.

“Lagu ni selalu saya nyanyikan semasa karaoke, saya akui memang mencabar untuk menyanyikan lagu ni sebab tinggi, tetapi bersyukur kerana dapat berduet dengan Afieq.

tajul

Komen pendengar di laman YouTube.

“Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan lagu ni... jujur semasa rakaman timbul rasa sebak dalam hati dan rindu kat Achik. Walaupun sewaktu hayat Achik kami tidak terlalu rapat kerana jarang berjumpa sebab arwah sibuk dengan kerjaya seninya,” katanya kepada mStar.

Video muzik lagu Malam Semakin Dingin 2021 nyanyian semula Tajul dan Afieq Shazwan dimuat naik di akaun YouTube FMC Music sejak 15 September lalu.

Apabila saya diberi peluang untuk duet lagu ni bersama Tajul terus saya setuju sebab Tajul adik Achik!

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI

MV lagu tersebut menerima hampir 800,000 tontonan dan trending di saluran video berkenaan.

Rata-rata pendengar dan penonton memuji gandingan mantap dua vokal penyanyi muda ini, sekaligus mengimbau kembali kegemilangan kumpulan Spin.

tajul1

Peminat puji gandingan Afieq dan Tajul.

"Salah satu lagu yang saya minat dari dulu... terasa ada suara ketiga hadir dalam lagu. Suara arwah Achik tetap diingati.

"Tak berhenti menangis, berulang kali saya ulang lagu ini. Sebak dengar... Ini gandingan terbaik," komen pendengar.

tajul 2

Peminat ubat kerinduan terhadap penyanyi asal Allahyarham Achik.

Sementara itu, Afieq pula berpuas hati apabila lagu ciptaan Aiman dan Lukhman S yang dinyanyikan semula oleh mereka ini menerima sambutan hebat pendengar.

"Apabila saya ditawarkan untuk duet lagu ni bersama Tajul saya terus setuju sebab Tajul adik Achik dan kami anggap ini adalah tribute untuk arwah. Lagi pula saya suka lagu macam ni, inilah diri saya.

"Sebelum ni saya tidak berpeluang menyanyikan lagu seperti ini dalam pertandingan dan program realiti yang saya sertai. Saya sangat berpuas hati sebab akhirnya dapat peluang menyanyi dalam feel 90-an.

"Bukan meniru cara Achik tetapi saya menghormati lenggok Melayu yang dinyanyikan penyanyi asal. Kalau kita dengar lagu-lagu era 90-an cara nyanyian mereka memang berbeza dengan penyanyi masa kini. Harapan saya semoga pendengar dapat terima lagu Malam Semakin Dingin dalam nafas baru versi 2021 ni," ujarnya.

Sebelum ini, lagu asal Malam Semakin Dingin menjadi trending di TikTok dan digunakan oleh ramai pengguna aplikasi berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain