suria

Nadia Brian tak tutup pintu hati, doa jumpa lelaki yang baik tahun depan - “Seseorang yang boleh bimbing ke jalan Allah”

Nadia akui tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali berumahtangga.

KEGAGALAN rumahtangga sebelum ini tidak membuatkan pelakon Nadia Brian menutup pintu hatinya untuk bergelar seorang isteri.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohames Rashidi, 31 berkata, dia sentiasa berdoa dan berharap ditemukan dengan seorang lelaki yang baik pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 ahli keluarga positif Covid-19, Nadia Brian terlalu bimbang hingga menitiskan air mata

"Kalau ditanya apakah yang saya inginkan untuk 2022 ini... selain mengharapkan kerjaya seni yang lebih baik, saya juga berdoa Allah akan pertemukan saya dengan seseorang sebab saya masih ada perasaan untuk mendirikan rumahtangga.

"Saya tidak pernah menyesal pun dengan rumahtangga sebelum ini yang tak menjadi.

“Saya tidak pernah tutup pintu hati malah selalu berdoa agar Allah pertemukan saya dengan jodoh yang baik dan mahu hubungan yang berkekalan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, ditanya tentang ciri-ciri calon yang dicari, Nadia berkata, apa yang lebih penting ialah seseorang yang boleh membimbing dirinya ke jalan Allah.

"Saya tidaklah letakkan ciri-ciri khas sebab masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku.

"Cuma sekarang apa yang boleh saya katakan, saya mahu seseorang yang boleh bawa saya ke jalan Allah dan paling penting boleh serasi dengan saya. Saya harap peminat semua dapat doakan untuk saya," katanya.

Saya tidak pernah menyesal pun dengan rumahtangga sebelum ini yang tak menjadi.

NADIA BRIAN

PELAKON

Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai pada 2 April 2021.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya seni, Nadia memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama siri Malaysian Ghost Story yang dijalankan di Gopeng Perak.

"Alhamdulillah saya baru selesai shooting Malaysian Ghost Story, saya terlibat dalam tiga episod antaranya Penunggu Pohon Beringin, Kellie's Castle dan Bidan Nek Nah.

"Setiap episod memang mencabar sebab watak berlainan dan ia sangat memenatkan jiwa dan raga. Tapi saya rasa ia sangat berbaloi untuk saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain