suria

6 ahli keluarga positif Covid-19, Nadia Brian terlalu bimbang hingga menitiskan air mata

Nadia tak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata.

PELAKON Nadia Brian berkongsi berita sedih apabila enam orang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, memaklumkan mereka yang dijangkiti telah dihantar ke hospital dan pusat kuarantin pada Sabtu.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana... memang sedih sangat. Ibu, nenek, abang ipar, anak buah, adik, dan ibu saudara disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa biasa saja, tak terlampau seksi pun” - Nadia Brian ambil tindakan terhadap pihak jatuhkan reputasinya

"Nenek saya yang berusia 75 tahun dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, hari ini.

"Ahli keluarga yang lain sudah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu," katanya.

Nadia bimbang keadaan kesihatan ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19.

Sebelum itu, Nadia berkongsi berita tersebut menerusi Instastory miliknya pada malam Sabtu.

Dalam rakaman tersebut, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata kerana terlalu bimbang keadaan keluarganya itu.

Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya

NADIA BRIAN

PELAKON

Sementara itu, Nadia memberitahu dia sudah menjalani ujian calitan (swab test) baru-baru ini dan keputusannya adalah negatif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun dia akan melakukan ujian kedua pada Isnin ini bagi memastikan dirinya benar-benar bebas daripada jangkitan virus tersebut.

“10 Mei ini saya kena buat swab test sekali lagi untuk kepastian. Setakat sekarang, saya sihat tak ada sebarang simptom.

Nadia akan jalani swab test ulangan pada Isnin ini.

"Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan ahli keluarga saya. Ya Allah... berat sungguh ujian yang diberikan kepada saya.

"Saya juga mendoakan agar semua pesakit Covid- 19 diberikan kekuatan dan ketabahan. InsyaAllah kita sama-sama dapat harungi pandemik ini," ujarnya.

Nadia dan keluarga melakukan ujian calitan itu selepas adiknya terlebih dahulu disahkan positif Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A