suria

Kes gaduh Lan Pet Pet selesai, penghantar makanan tarik balik laporan polis... mengaku cetuskan provokasi

Lan Pet Pet sudah berbaik dengan individu yang dikasarinya sebelum ini.

SUSULAN video pergaduhan antara Lan Pet Pet dengan penghantar makanan yang tular di media sosial, pelawak berkenaan memberitahu isu tersebut sudah selesai cara baik.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 52, berkata, penghantar makanan tersebut sudah pun menarik semula laporan polis yang dibuat selepas mengakui kesilapannya sebagai punca pergaduhan itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul penghantar makanan, Lan Pet Pet jelaskan punca hilang sabar... dakwa dimaki selepas buat teguran

"Kami dah bersemuka dan kes pun sudah selesai. Lepas saya buat report polis dan dalam dua, tiga hari selepas itu dia (penghantar makanan) pun buat laporan polis.

"Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami dah berbaik secara aman damai," katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Perkongsian Lan di laman Instagramnya.

Sementara itu, peguam mewakIi Lan, Datuk Dr. Aswandi Hashim berkata, sidang media itu diadakan bagi menjelaskan perkara sebenar bagi pihak anak guamnya.

"Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham.

"Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam insiden pergaduhan Lan) seolah-olah menghakimi (tanpa usul periksa).

Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami dah berbaik secara aman damai.

LAN PET PET

PELAWAK

"Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan saman Lan di atas kerugian (kecederaan) yang dialaminya... tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut," ujarnya.

Dalam laporan media sebelum ini, ahli kumpulan Senario itu menjelaskan dia bertindak balas kasar terhadap penghantar makanan tersebut selepas menegur lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

"Saya menegur pemuda itu sebab tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

Video itu tular selepas dirakam pengguna jalan raya lain yang melihat insiden tersebut.

"Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi... saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan, takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Selasa lalu, sebuah video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa Lan melakukan kekerasan terhadap pengguna jalan raya lain.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki tersebut tetapi cuba ditenangkan tiga lelaki lain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain