suria

Amir Masdi muncul dengan Hari Ini Hari Raya bukan untuk tandingi lagu lama

Amir Masdi tampil dengan single raya, Hari Ini Hari Raya.

IMPIAN penyanyi Amir Masdi untuk mempunyai lagu raya sendiri akhirnya tercapai apabila muncul dengan lagu Hari Ini Hari Raya.

Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi pada mulanya dia merancang untuk mengeluarkan lagu berkonsepkan ketuhanan namun ia tidak kesampaian dan ditukarkan kepada penghasilan lagu raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi seronok nama trending selepas persembahan di AJL35, ‘follower’ pun bertambah!

"Pada asalnya nak lancar lagu ketuhanan, tapi disebabkan tidak berpuas hati dengan hasilnya, jadi ia tidak jadi dikeluarkan.

“Apabila dapat lagu Hari Ini Hari Raya, saya dan syarikat rakaman terus jatuh cinta dengna melodi lagu ini dan ambil keputusan untuk merakamkannya untuk single raya saya.

"Secara peribadi, melodi lagu ini lebih rapat dengan pendengar dan saya sendiri suka dengan lagu-lagu raya berentak ceria," katanya kepada mStar.

Amir Masdi berharap lagu Hari Ini Hari Raya dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

Hari Ini Hari Raya merupakan lagu ciptaan bersama komposer Shazee, Audi Mok dan Mambang.

Penyanyi berusia 24 tahun itu juga berharap agar lagu raya ini mendapat sambutan daripada peminat walaupun ia mungkin tidak dapat menandingi populariti lagu-lagu raya evergreen yang lain.

Secara peribadi, melodi lagu ini lebih rapat dengan pendengar dan saya sendiri suka dengan lagu-lagu raya berentak ceria.

AMIR MASDI

PENYANYI

"Kalau nak kata lagu ini boleh jadi setanding dengan lagu-lagu raya evergreen yang lain, sejujurnya biarlah rezeki yang menentukan perkara itu.

"Macam lagu raya baru sekarang ia lebih kepada untuk segarkan telinga pendengar. Malah untuk penyanyi itu sendiri juga lebih kepada untuk profil kerjaya mereka. Macam saya, memang nak ada lagu raya sendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi, apabila keluarkan lagu raya ini, ia bukan untuk kalahkan lagu raya sedia ada... sekurang-kurangnya kehadiran lagu raya saya ini dapat memeriahkan lagi suasana sambutan raya tahun ini, ” katanya.

Hari Ini Hari Raya kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik digital sejak ia mula dilancarkan pada 4 Mei lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain