suria

Amir Masdi seronok nama trending selepas persembahan di AJL35, ‘follower’ pun bertambah!

Ramai pihak mula buka mata selepas persembahan Amir Masdi di pentas AJL35.

WALAUPUN tidak berjaya memenangi sebarang trofi dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) namun persembahan Amir Masdi tetap mendapat perhatian penonton sehinggakan namanya menjadi trending sebaik acara itu melabuhkan tirai pada Ahad lalu.

Persembahan Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, 24, disifatkan sebagai finalis yang paling underrated namun berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi teruja masuk AJL35, ibu suruh potong rambut pendek - “Lagu saya bukan tak popular cuma orang tak tahu siapa penyanyinya”

Menghargai kata-kata positif yang ditinggalkan peminat dan penonton, Amir tidak menyangka namanya akan trending dan menyifatkan perkara itu salah satu kenangan paling manis pernah berlaku dalam karier nyanyiannya.

"Sebenarnya saya gemuruh juga nak buat persembahan di pentas AJL35, nampak sahaja saya macam relax kan... Alhamdulillah, bila AJL dah habis bersiaran saya dapat banyak komen-komen positif di media sosial.



Amir beraksi di pentas AJL35.

"Sejak persembahan saya di AJL35 memang saya nampak ada jumlah pengikut yang semakin meningkat di media sosial.

"Pengalaman dapat buat persembahan dan bergelar finalis AJL memang memberikan pendedahan yang meluas buat kami sebagai pengkarya muzik," katanya kepada mStar.

Amir mempertaruhkan Kau Sakiti yang merupakan lagu ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Ezra Kong dalam AJL35.

Juara program Akademi Fantasia 2016 ini berkata, dia juga tidak mahu dikenali sebagai imej budak sekolah seperti sebelum ini dan lebih senang dengan imej penyanyi rock.

Sejak persembahan saya di AJL35 memang saya nampak ada jumlah pengikut yang semakin meningkat di media sosial.

AMIR MASDI

PENYANYI



Amir mahu dikenali sebagai penyanyi rock.

"Saya tahu ramai dari dulu ingat imej saya macam budak sekolah disebabkan wajah saya (babyface). Dulu pun memang saya masih tercari-cari arah genre muzik yang nak dibawa ke industri.

"Tapi sebenarnya saya memang minat dengan muzik yang dibawakan oleh Michael Jackson dan kumpulan Queen. Jadi, mulai sekarang saya nak dikenali dengan imej sebagai penyanyi rock," katanya.

Sementara itu, Amir kini dalam proses untuk mengumpulkan material terbaik untuk single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amir Masdi, penyanyi, Kau Sakiti, AJL35

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Moyes dedah sebab tidak sambar Lingard