suria

Edrie Hashim 'sekolahkan' netizen pertikai lagu zaman sekarang kurang kualiti - “Tak boleh cakap macam tu... awak dah tua, ini waktu orang muda”

Netizen pertikaikan lagu zaman kini kurang berkualiti berbanding dahulu.

PERKONGSIAN komposer Edrie Hashim di Facebook mengucapkan tahniah kepada barisan juri dan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) iaitu lagu Gila mengundang kritikan seorang netizen.

Menerusi ruangan komen, netizen itu mempertikaikan lagu dan budaya muzik di zaman sekarang kurang berkualiti berbanding dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu ‘Gila’ julang trofi AJL35

"Bagi saya lagu-lagu sekarang kurang berkualiti. Tak faham muzik budaya mana yang cuba diterapkan kepada peminat seni di negara kita," tulis individu tersebut.



Edrie membalas komen individu tersebut.

Edrie merupakan salah seorang daripada 12 juri AJL35 yang diketuai oleh pemuzik terkenal Datuk Mokhzani Ismail.

Malam kemuncak AJL35 yang berlangsung pada Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan lagu nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff berjudul Gila diangkat sebagai juara.

Manakala naib juara dimenangi oleh lagu ciptaan dan nyanyian oleh Aina Abdul berjudul Semalam dan lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita di tempat ketiga.

Tak boleh cakap macam tu... awak dah tua, ini waktu orang muda.

EDRIE HASHIM

PEMUZIK & KOMPOSER

Trofi Vokal Terbaik pula dimenangi oleh penyanyi Ernie Zakri yang menyampaikan lagu Gundah dan penyanyi Zizi Kirana membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Eh.

Dalam pada itu, Edrie membalas komen tersebut dengan meminta individu tersebut melihat muzik mengikut peredaran zaman.

Malah, Edrie yang juga pemuzik terkenal itu turut mengimbau awal kemunculan lagu-lagu rock era-80 suatu ketika dahulu juga pernah mendapat tentangan daripada segelintir pihak yang tidak mahu pembaharuan.



Barisan 12 juri AJL35 yang diketuai oleh Datuk Mokhzani.

"Tak boleh cakap macam tu... awak dah tua... ini waktu orang muda. Ini muzik dorang, awak sama macam orang tua 60-an yang tak suka muzik rock tahun 80-an dulu.

"Ingat tak? orang tua la yang banned konsert rock semua tu... sekarang awak pula dah tua... awak pula jadi orang tua 60-an tu.

"Masa berputar... ni waktu muzik dorang dan buat muzik tu susah. Yang juara tu boleh buat muzik... awak boleh buat muzik?" kata Edrie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain