suria

“Dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul” - Alyah anggap pihak benarkan Nabila Razali bertanding tidak peka

Alyah puji semangat juang Nabila Razali.

ISU nyanyian ‘terkucil’ Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada Ahad lalu terus hangat diperkatakan apabila ia turut mendapat perhatian penyanyi senior, Datin Alyah.

Simpati dengan kejadian yang berlaku, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 40, memuji keberanian penyanyi lagu Peluang Kedua itu untuk bertanding biarpun serba kekurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andai kata Nabila Razali tak ‘terkucil’, memang sedap! Komposer kongsi video ‘rehearsal’ AJL35... ramai puji

"Terpanggil untuk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah ni (banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu).

"Dia kalah bermaruah, dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul.

TONTON VIDEO NABILA MOHON MAAF

Permohonan maaf Nabila selepas tamat persembahan.

"Bukan pedang itu yang harus kita lihat tapi keberaniannya turun ke medan perang itu yang harus dipandang," katanya.

Penyanyi Kisah Hati itu meminta Nabila tidak terlalu kecewa dan memandang perkara tersebut dari sudut positif.

Bagaimanapun, Alyah turut meluahkan rasa kesal dan berpendapat pihak yang membenarkan penyanyi itu bertanding sepatutnya lebih peka dengan keadaan dan situasi yang akan dilalui penyanyi itu.

Dia kalah bermaruah, dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik.

DATIN ALYAH

PENYANYI

"Pandang positif, kamu lebih diingati dari yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik).

"Cuma nak tanya je, siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka... Saya bercakap berdasarkan pengalaman, situasi berbeza di pentas yang sama," ujarnya.

Persembahan Nabila Razali di pentas AJL35.

Pada Ahad lalu, nasib tidak menyebelahi Nabila, 29, apabila persembahannya menerusi lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 dikritik netizen apabila berlaku sedikit insiden ‘terkucil’ di bahagian korus ketika mendendangkan lagu tersebut.

Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung tanpa penonton.

AJL35 menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, tempat kedua Semalam (Aina Abdul) dan ketiga, Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah).

Setiap persembahan finalis AJL35 dinilai oleh 10 juri profesional tanah air yang ketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain