suria

Bella Astillah syukur dapat suami penyayang, Aliff Aziz pula bangga beristeri cantik... saling berbalas kata-kata cinta di Instagram

Rumah tangga pasangan ini diserikan dengan dua cahaya mata.

UCAPAN romantis penyanyi Aliff Aziz sempena sambutan ulang tahun isteri tersayang, Bella Astillah yang ke-27 tentunya membuatkan hati aktres itu berbunga-bunga.

Menerusi laman Instagram, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Aliff Aziz, 30, menzahirkan rasa berterima kasih di atas kehadiran Bella dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dua tahun terpisah... Aliff Aziz kembali ke Malaysia, mulakan hidup baharu bersama Bella Astillah - “Semoga usaha saya banggakan umi dan ayah”

"Selamat ulang tahun ke-27 isteriku yang cantik dan penyayang, Bella Astillah. Awak sangat mengagumkan saya dengan sentiasa menjadi dirimu sendiri.

"Terima kasih kerana menyinari hidup saya dan orang di sekeliling awak dengan hati awak yang baik dan tulus.

"Saya doakan semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan awak di masa-masa mendatang. Saya cintakan awak!" katanya.

Aliff Aziz memberikan ucapan romantis sempena ulang tahun kelahiran Bella.

Bella yang terharu dengan ucapan itu kemudian membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya di atas kasih sayang yang diberikan.

"Aww terima kasih sayang, terima kasih kerana menyayangi saya," tulis Bella.

Terima kasih kerana menyinari hidup saya dan orang di sekeliling awak dengan hati awak yang baik dan tulus.

ALIFF AZIZ

PENYANYI, PELAKON

Sementara itu, di laman Instagram Bella pula, ibu kepada dua cahaya mata itu berbalas ucapan cinta apabila dia pula melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel.

"Alhamdulillah, saya genap berusia 27 tahun. Terima kasih Allah SWT kerana mengurniakan saya anak-anak yang comel serta suami yang penyayang.

Bella bertekad menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat keluarganya.

"Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya, insyaAllah," katanya.

Aliff dan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 4, dan Ara Adreanna yang kini berusia lapan bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain