suria

Belum sedia tinggalkan ibu, Elizabeth Tan, suami tak sebumbung - “Kami jumpa bila perlu”

Elizabeth Tan hanya akan berjumpa suami dalam tempoh masa seminggu sekali.

HAMPIR dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mendedahkan dia dan suami, Siew Jim masih lagi belum berkesempatan untuk tinggal sebumbung.

Menurut Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei, 28, mereka belum bersedia untuk tinggal berjauhan dengan ibu masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan mohon maaf terpaksa rahsia perkahwinan - “Saya masih Lizzy yang sama, harap semua hormat keputusan ini”

"Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak kahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung.

"Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya," katanya memetik laporan Berita Harian.



Elizabeth tidak bersedia duduk berjauhan daripada ibunya (kanan).

Penyanyi lagu Knock Knock itu juga berkata, sebelum berkahwin lagi dia dan suami sudah mempunyai perjanjian sedemikian agar tidak menimbulkan masalah dalam hubungan rumah tangga mereka.

Tambah Elizabeth, dia dan suami hanya bertemu bila perlu sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dari awal perkahwinan, kami sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami hanya akan berjumpa apabila perlu. Mungkin seminggu atau dua minggu sekali.

"Saya seronok dengan kehidupan seperti ini, sekurang-kurangnya saya dan suami mempunyai ruang sendiri.

Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak kahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung.

ELIZABETH TAN

PENYANYI, PELAKON

"Setakat ini, kami langsung tidak pernah berbincang untuk duduk sebumbung. Mungkin jika dikurniakan cahaya mata, baharulah kami memikirkan soal ini," ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Misteri Delaila ini juga mengakui dia berasa sedih apabila jumlah pengikutnya di Instagram semakin berkurangan selepas bergelar isteri.

"Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus unfollow setiap hari disebabkan saya berkahwin.



Foto perkahwinan yang dikongsikan bapa Elizabeth.

"Saya tidak menyangka ugutan peminat untuk unfollow saya dalam Instagram adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya," katanya.

Pada pertengahan Mac lalu, foto perkahwinan Elizabeth menjadi tular selepas ia dikongsikan oleh bapanya, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

Elizabeth kemudiannya tampil mengakui kesahihan perkara itu dan berkata dia enggan menghebohkan tentang isu perkahwinannya kerana menganggap ia adalah satu isu kecil serta terlalu peribadi buat dirinya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun