suria

Cari 'feel' Cukup Derita Itu, Siti Nordiana terpaksa kenang semula kisah silam

Siti Nordiana teruja kembali dengan single terbaharu, Cukup Derita Itu.

PENYANYI Siti Nordiana mengakui dia ada terkenang akan kisah-kisah silam yang pernah dilaluinya bagi mendapatkan penghayatan untuk lagu terbaharunya, Cukup Derita Itu.

Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias ini enggan mengulas lanjut mengenai kisah-kisah pahit yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana sedar ramai pertikai kemenangan, akui sukar untuk kekal relevan - “Saya tak pasti apa yang buat mereka undi saya”

Cukup Derita Itu merupakan lagu runut bunyi (OST) untuk drama dengan judul sama yang kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3.

"Masa dapat lagu Cukup Derita Itu, saya terlebih dahulu baca sinopsis drama ini. Lagu ini bagi saya sangat deep dan perlu penghayatan yang cukup sedih.

Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider... sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah.

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Sudah tentu untuk dapatkan penghayatan itu, saya ada terkenang derita yang kita pernah lalui sebelum ini dan saya masukkan rasa itu dalam lagu ini.

"Saya percaya setiap daripada kita pastinya pernah melalui penderitaan tersendiri... tapi saya kalau boleh dah tak hendak ingat perkara yang lepas-lepas," katanya ketika dihubungi mStar.

Tam cipta lagu Cukup Derita Itu.

Berkongsikan lebih lanjut mengenai single itu, hasrat Siti Nordiana untuk menyanyikan lagu ciptaan penyanyi dan komposer Tam Spider akhirnya tercapai menerusi Cukup Derita Itu.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider... sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah.

"Siapa yang tak nak nyanyi lagu ciptaan Tam kan, tengok sahajalah lagu dia untuk Farahdhiya (Bertakhta Di Hati) sampai sekarang lagu itu jadi evergreen," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lagu Cukup Derita Itu merupakan hasil nukilan penulis novel Siti Rosmizah dan kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain