suria

Hujung minggu tak bosan lagi... Kaho Naa Pyar Hai, Hotel Transylvania dan Musafir Ke? temankan anda di Awesome TV

Antara babak menarik dalam filem Kaho Naa Pyar Hai.

HIBURKAN hujung minggu anda dengan menonton tiga filem menarik di Awesome TV iaitu Hotel Transylvania, Kaho Naa Pyar Hai dan Musafir Ke? bermula Sabtu.

Filem Hotel Transylvania menceritakan tentang seorang manusia bernama Jonathan (Andy Samberg), yang secara tidak sengaja memasuki hotel dan terus jatuh cinta dengan anak perempuan Dracula (Adam Sandler) iaitu Mavis (Selena Gomez).

ARTIKEL BERKAITAN: Jom layan Jurassic Park III, Mann dan Mak... Adib Pulang di Awesome TV... memang best!

Saksikan Hotel Transylvania pada Sabtu, 9 malam di Awesome TV.



Salah satu babak dalam filem Hotel Transylvania.

Manakala di slot Hindi Special menayangkan filem Kaho Naa Pyar Hai yang akan menemui penonton di rumah pada pukul 11.05 malam, Sabtu.

Filem arahan pengarah Rakesh Roshan yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Ameesha Patel mengisahkan tentang Sonia dan Rohit yang saling mencintai namun diduga apabila Rohit dibunuh secara misteri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selepas kematian kekasihnya, Sonia berpindah ke New Zealand di mana dia bertemu dengan Raj yang mirip dengan Rohit yang kemudian membantunya mengesan pembunuh Rohit.



Telefilem yang akan menemui penonton pada malam, Ahad.

Dalam pada itu, telefilem Musafir Ke? lakonan Razak Ahmad, Fadhilah, Sharif Zero dan Sharifah Husna akan ditayangkan pada 9 malam, Ahad di slot Ohsem Tele.

Menceritakan tentang seorang suami yang tidak pernah berenggang dengan isteri terpaksa berpisah disebabkan perlu menjaga anaknya yang sedang dalam pantang.

Paling menyedihkan si isteri terkandas di rumah anak akibat lockdown dan keadaan semakin kacau bilau apabila dia didatangi seseorang yang tidak dikenali pada bulan Ramadan.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain