suria

Kongsi video baca al-Quran, Faizal Tahir syukur ada yang sudi tegur kesilapan - “Saya pun masih merangkak dan banyak yang lemah”

Faizal kongsi paparan skrin mesej individu tersebut.

VIDEO Faizal Tahir sedang membaca al-Quran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menerima teguran daripada seorang netizen yang memperbetulkan bacaan penyanyi itu.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 43, turut berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tersebut dan menghargai teguran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir beli seekor kuda, kongsi detik cemas dilambung setinggi 7 kaki - “Saya terpaksa ambil ubat tahan sakit dan minum jamu!”

"Masha-Allah subhanallah. Besar sungguh nikmat ditegur dan besar sungguh pahala yang menegur. Sungguh saya amat menghargai setiap teguran yang diberikan.



Faizal mengucapkan terima kasih kepada individu itu.

"Semoga lebih baik bacaan saya selepas ini. Insha’Allah. Jazaakallahu khayr my brother," tulis Faizal.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengikut Instagram Faizal yang memuji sikap penyanyi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 itu terbuka menerima teguran.

Semoga pahala awak dalam menegur saya ini sentiasa berterusan.

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Dalam pada itu, Faizal mengakui dirinya masih lemah dalam bacaan al-Quran dan akan memastikan lebih banyak belajar selepas ini.

"Terima kasih banyak-banyak atas teguran awak bro. Saya pun masih merangkak dan banyak yang lemah dalam bacaan al-Quran saya. Banyak sangat lagi nak kena belajar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alhamdulillah ada orang sudi tegur. Tak terbalas daripada saya. Besar pahala awak bro. Semoga pahala awak dalam menegur saya ini sentiasa berterusan dan mengalir tanpa henti sebab dengan teguran awak, saya dapat betulkan bacaan saya.



Faizal akui masih lemah dalam bacaan al-Quran.

"Syurga untuk awak. Amin ya Allah. Saya doakan yang baik-baik untuk awak. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahakn segala urusan," balas Faizal.

Sebelum ini, Faizal membuat pengumuman untuk mengambil keputusan mengundur diri selepas 17 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni.

Kata Faizal, keputusan itu dibuat kerana dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain