suria

Mengaku ‘edit’ sendiri, poster filem pertama arahan Hairul Azreen dikritik tak cantik - “Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia”

Poster Ada Hantu disunting sendiri oleh Hairul Azreen.

BELUM lagi ditayangkan tapi sudah dkritik, poster filem pertama arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu dianggap tidak cantik dan kurang sesuai untuk dijadikan bahan promosi bagi menarik penonton.

Seorang pengkritik filem menggunakan akaun @Zhafblog berpendapat suami kepada Hanis Zalikha itu sepatutnya menggunakan khidmat pereka grafik yang lebih arif tentang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen dedah Hanis Zalikha jarang datang set penggambaran - “Sepanjang couple dia tak pernah datang tengok saya shooting sebab segan”

Menurut @Zhafblog dia ada menghantar mesej peribadi (DM) kepada Hairul bagi mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap poster berkenaan.

Hairul sunting sendiri poster filem Ada Hantu.

"Siapa buat poster ni? Hodoh gila. Dah tahu masuk Disney upahlah designer bang oi" tulisnya.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik individu itu, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 33, mengakui dia yang menyunting sendiri poster berkenaan.

Saya edit sendiri tau. Kita pengarah, power kan arahan pertama masuk Original Disney Plus pertama.

HAIRUL AZREEN

PELAKON, PENGARAH

Bagaimanapun, Hairul berkata, ada sebab poster tersebut direka sedemikian dan orang ramai akan tahu konsep yang ingin disampaikan selepas menonton filem berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Hehehe saya edit sendiri tau. Kita (saya) pengarah, power kan arahan pertama masuk Original Disney Plus pertama," katanya.

Filem Ada Hantu dijangka bakal ditayangkan menerusi platform penstriman Disney Plus Hotstar Malaysia pada pertengahan bulan Ogos ini.

Ada Hantu akan ditayangkan pada bulan Ogos ini.

Sementara itu, rata-rata netizen turut menganggap pelakon itu sepatutnya mengutamakan kualiti poster terlebih dahulu bagi menarik minat penonton.

Malah ada yang berpendapat poster sesebuah filem mempengaruhi jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi filem tersebut.

"Tengok poster pun dah tahu kualiti cerita dia, siapa nak tengok filem macam ni?

"Tahu tak first impression main peranan besar! Punya ramai designer Malaysia belajar untuk buat benda ini, kenapa tak hire?" komen netizen.

Selain bertindak sebagai pengarah, Hairul turut berlakon sama dalam Ada Hantu. Antara pelakon lain yang terlibat sama ialah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Untuk filem sulung arahannya itu, Hairul mendapat tunjuk ajar daripada pengarah filem blokbuster Paskal iaitu Adrian Teh yang juga merupakan penerbit untuk Ada Hantu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain