suria

Jom layan Jurassic Park III, Mann dan Mak... Adib Pulang di Awesome TV... memang best!

Antara babak dalam filem Mann.

BOSAN di rumah dan tiada rancangan hujung minggu?

Apa kata penuhi malam hujung minggu anda dengan menonton tiga filem menarik iaitu Jurassic Park III, Mann dan Mak...Adib Pulang yang bakal ditayangkan di Awesome TV bermula Sabtu.

Jurassic Park III mengisahkan Paul dan Amanda Kirby yang merupakan sepasang suami isteri yang kaya telah menawarkan dana penyelidikan kepada Dr. Alan Grant.

ARTIKEL BERKAITAN: The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang filem menarik hujung minggu, hanya di Awesome TV!

Bagaimanapun tawaran tersebut disertakan dengan syarat agar Paul dan Amanda Kirby perlu menemani Dr. Alan untuk mencari anak mereka yang hilang di sebuah pulau yang mati.



Jurassic Park lll akan ditayangkan pada malam, Sabtu.

Filem pengembaraan dan sains fiksyen yang merupakan sekuel ketiga dan filem terakhir dalam trilogi Jurassic Park itu diarahkan oleh Joe Johnston dan dibintangi Sam Neill, William H. Macy, Téa Leoni, Alessandro Nivola serta Trevor Morgan.

Saksikan Jurassic Park III pada Sabtu, bermula 9 malam di Awesome TV.

Manakala filem Mann yang akan menemui penonton di slot Hindi Specials merupakan karya dan arahan daripada pengarah Indra Kumar akan ditayangkan pada pukul 11.05 malam, Sabtu.

Filem yang dibintangi Aamir Khan dan Manisha Koirala ini menceritakan tentang Priya yang telah memenangi sebuah pelayaran, di mana dia bertemu Dev dan jatuh cinta padanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun disebabkan Priya dan Dev terikat dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga masing-masing, mereka berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi selepas setahun.



Saksikan telefilem ini pada Ahad.

Dalam pada itu, telefilem Mak...Adib Pulang yang mengisahkan Adib seorang anak yatim piatu, diambil oleh sebuah keluarga dan dijadikan anak angkat akan ditayangkan pada Ahad bermula pukul 9 malam di slot Ohsem Tele.

Mak angkatnya cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Adib, namun kanak-kanak itu merasakan dia telah mengkhianati ibunya sehingga menyebabkan dia lari balik ke rumah ibu kandungnya.

Setelah kehilangan Adib, mak angkatnya cuba mencari Adib semula tetapi gagal.

Telefilem ini dibintangi Umar Dzariff, Nadiya Nisaa, Maria Farida dan Azri Iskandar.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain