suria

The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang filem menarik hujung minggu, hanya di Awesome TV!

Filem The Lost World: Jurassic Park akan ditayangkan malam, Sabtu.

SEPERTI biasa hujung minggu anda akan dihiburkan dengan tiga buah filem iaitu The Lost World: Jurassic Park, Koi Mil Gaya dan Pang Pokok Ketapang yang akan ditayangkan di Awesome TV.

The Lost World: Jurassic Park mengisahkan tentang sekumpulan pasukan penyelidik di hantar ke pulau Tapak B Jurassic Park bagi mengkaji dinosaur manakala kumpulan bernama InGen pergi dengan agenda dan kepentingan mereka tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujung minggu dihiburkan dengan Jurassic Park, Raja Hindustani dan Ghazal Untuk Rabiah... semuanya di Awesome TV!

Saksikan filem sekuel dari Jurassic Park arahan Steven Spielberg itu pada Sabtu bermula pukul 9 malam di Awesome TV.



Koi Mil Gaya dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Preity Zinta.

Selain itu, slot Hindi Specials akan menayangkan filem Koi Mil Gaya yang menceritakan tentang Rohit, seorang pemuda yang mempunyai masalah mental berkawan dengan makhluk asing yang diberi nama Jadoo.

Ketika polis mengetahui tentang makhluk asing itu, mereka berusaha menangkapnya sementara Rohit berusaha sebaik mungkin untuk melindungi rakan barunya.

Filem yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Preity Zinta itu akan ditayangkan pada hari Sabtu bermula pukul 11.05 malam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Saksikan telefilem Pang Pokok Ketapang pada 9 malam, Ahad lakonan Amerul Affendi, Hafizul Kamal, Ezzaty Abdullah dan Dian P.Ramlee di slot Ohsem Tele.



Saksikan lakonan Amerul Affendi di Awesome TV.

Mengisahkan Irfan atau dipanggil sebagai Pang merupakan pemuda berusia 21 tahun yang tinggal bersama ibu, serta lima beradik di sebuah kawasan perumahan murah.

Oleh kerana adik beradik ramai dan rumah sempit, Pang banyak habiskan masa di tempat kerjanya, sebuah kedai cuci kereta Pokok Ketapang, kerana kedai cuci keretanya banyak pokok ketapang.

Kerana krisis air di Selangor, Pang dan kawan sekerjanya Ah Lee mencuri air di surau untuk digunakan mencuci kereta di tempat kerjanya.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 serta ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain