suria

Seminggu demam tak kebah rupa-rupanya Farisha Irwayu, Laila Nasir positif Covid-19

Laila (kanan) dan Farisha (kiri) kongsi perkembangan terkini di laman Instagram.

SELEPAS pelakon Sweet Qismina memaklumkan dirinya positif Covid-19 pada Rabu lalu, dua lagi pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Farisha Irwayu dan Laila Nasir turut dijangkiti virus berkenaan.

Farisha, 52, yang kini sedang menjalani rawatan di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang memberitahu dia mengalami beberapa simptom sebelum disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.

"Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sakit, batuk atau demam jangan ambil remeh... cepat-cepat buat swab test ya, jangan jadi macam saya dah seminggu batuk demam tak kebah, sampai hilang deria bau dan rasa barulah nak buat swab test, rupanya Covid.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari sukar bernafas... Sweet Qismina positif Covid-19, kini kuarantin di Ipoh

"Selepas beberapa hari (rawatan) virus dalam darah naik sikit dan dah menyerang paru-paru kiri kanan dan belakang... kalau tak okay kemungkinan saya akan di hantar ke Hospital Sungai Buloh.

"Saya dipakaikan gelang berwarna biru dan putih sebab Covid-19 tahap tiga. Teruskan berdoa untuk saya ya, keluarga dan sahabat-sahabat maya tersayang, ” katanya menerusi laman Instagram.

Dari kiri; Farisha, Laila dan Sweet Qismina disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di hospital.

Dalam pada itu, Farisha turut memaklumkan suaminya iaitu Tuan Asmawi Tuan Omar dan penolong pengarah drama Kiblat Yang Hilang iaitu Nazlinda Yusof turut positif Covid-19 pada Selasa lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain Farisha, seorang lagi pelakon senior iaitu Laila Nasir turut menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif virus berkenaan pada Khamis.

Hari ini hari kedua saya di hospital, doakan saya baik!

LAILA NASIR

PELAKON

"Hari ini hari kedua saya di hospital, doakan saya baik!” katanya dalam keadaan tidak bermaya.

Pada Rabu lalu, pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test).

Sweet sedang dikuarantin di Ipoh, Perak.

Aktres berusia 24 tahun ini berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh.

Drama Kiblat Yang Hilang bersiaran sempena Ramadan di Awesome TV setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam mulai 12 April lalu.

Drama arahan Azri Izhar ini dibintangi oleh Azhan Rani, Wafariena, Zul Huzaimy, Laila Nasir, Sweet Qismina dan Neera Azizi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain