suria

Guna akaun peribadi kutip sumbangan, niat baik Aznil Nawawi dipersoal netizen - “Jangan runsing, saya tak termakan duit anda!”

Aznil Nawawi tidak menggunakan wang sumbangan untuk tujuan peribadi.

NIAT baik pengacara Datuk Aznil Nawawi melancarkan tabung amal yang boleh disalurkan terus menerusi akaun bank miliknya mengundang pertanyaan seorang netizen di Facebook.

Memandangkan Aznil menggunakan akaun di atas namanya sendiri, individu berkenaan mahukan kepastian sama ada wang sumbangan itu bercampur dengan kegunaan peribadi.

Tampil menjawab pesoalan tersebut, Aznil, 58, memberitahu dia mewujudkan akaun bank itu untuk tujuan amal semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang terlalu lama menunggu, Aznil Nawawi sanggup bayar untuk dapat vaksin Covid-19 segera - “Ada sesiapa nak join, Paknil sponsor la!”

"Jangan runsing. Transaksi peribadi saya di akaun lain. Saya khaskan akaun ini untuk tujuan sedekah. Saya tak akan terpakai atau termakan duit anda," jawabnya ruangan komen di laman Facebook miliknya.

Perkongsian Aznil di Facebook dan Instagram.

Sementara itu, menerusi Instagram Aznil meminta netizen bersangka baik dan tidak menulis sesuatu yang boleh menggores hati orang lain.

Lebih-lebih lagi, kerja amal yang dilakukan ini merupakan amanah besar yang akan menerima perhitungan Allah kelak.

Ini soal amanah dan tak habis di dunia sahaja. Paling takut nak berdepan dengan Allah SWT di sana nanti!

AZNIL NAWAWI

PENGACARA

"Bersangka baik itu lebih baik. Kadang-kadang perkataan atau pertanyaan boleh menggores hati orang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini soal amanah dan tak habis di dunia sahaja. Paling takut nak berdepan dengan Allah SWT di sana nanti," tulisnya.

Bekas pengacara program Akademi Fantasia ini turut memuat naik semula komen yang ditinggalkan oleh pengikut berkenaan.

Aznil ambil inisiatif membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Sebelum itu, Aznil berkongsi mengenai program amal diberi nama Skuad Kebaikan Milo bertujuan membantu kanak-kanak yang memerlukan.

"Paknil gunakan wang sumbangan anda itu untuk jadikan infaq bagi pihak anda untuk beli Milo dan hantar ke rumah kebajikan anak-anak.

"Sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang dah hulurkan sumbangan sikit atau banyak untuk Skuad Kebaikan Milo," katanya dalam satu rakaman video.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain