suria

Penampilan berubah selepas dapat hidayah... Amar Asyraf kini aktif sertai tabligh, ikut cara hidup Nabi Muhammad

Amar Asyraf sertai kumpulan tabligh sejak Januari lalu.

MEMBUAT keputusan berubah penampilan, pelakon Amar Asyraf mengakui dia kini selesa mengenakan serban dalam pemakaian sehariannya.

Menurut Amar atau nama sebenarnya, Amar Asyraf Zailuddin, 35, dia ingin mencontohi cara hidup termasuk pemakaian Nabi Muhammad SAW dan mengharapkan penghijrahannya itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Selain itu Amar berkata, dia juga semakin aktif menyertai kelas agama dengan mengikuti kumpulan tabligh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi cerai isteri kedua talak 3, ini komen Amar Asyraf - “Saya akui ada buat salah... dah minta maaf pada isteri”

"Saya idolakan Nabi Muhammad dan sudah tentu kalau boleh kita pun nak ikut contoh pemakaian seperti Nabi, InsyaAllah.

Amar kini menceburi bidang perniagaan sambal balado dan choco jar.

"Saya mula sertai kelas tabligh sejak bulan Januari lalu dan antara rakan artis yang sama-sama dengan saya ialah seperti Datuk Nash, Ali XPDC dan Hafiz Suip.

"Memang nampak seperti mendadak (perubahan Amar) tapi itulah dia keajaiban hidayah daripada Allah SWT... doakan semoga saya terus istiqamah," katanya kepada mStar.

Amar ditemui pada majlis perasmian vendor raya Aidilfitri Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Saya nak terus berada dalam industri hiburan untuk ajak kawan-kawan menuju ke jalan Allah.

AMAR ASYRAF

PELAKON

Dia bersama isteri, Arna Salleh membuka gerai menjual produk sambal balado serta choco jar jenamanya sendiri.

Seiring dengan penghijrahannya, pelakon filem Ratu Kala Jengking itu juga berharap dia dapat mengelak daripada melakukan babak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita menerusi naskhah drama atau filem yang dibintanginya kelak.

"Saya masih nak terus berada dalam bidang ini... walaupun begitu mungkin saya akan kurangkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya faham ada orang yang terus tak nak pegang (bila dah berhijrah) tapi lakonan perlu ikut logik.

"Kalau ada adegan yang tidak boleh sangat nak tipu dengan teknik kamera, mungkin saya terpaksa buat juga... tapi kalau boleh saya minta pada Allah tunjukkan jalan yang ada," katanya.

Amar masih ingin terus aktif dalam bidang lakonan.

Amar juga berkata dia akan terus aktif dalam industri agar dapat bersama-sama mengajak rakan-rakan selebriti lain untuk melakukan perubahan ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.

"Saya nak terus berada dalam industri hiburan mungkin sebab ada tugas saya yang lain iaitu untuk ajak kawan-kawan dalam bidang ini menuju ke jalan Allah yang satu.

"Setakat ini paling lama saya pernah keluar bersama kumpulan tabligh adalah selama 10 hari dan Alhamdulilah semoga saya terus istiqamah dengan penghijrahan ini," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain