suria

Melampau! Foto Wany Hasrita jadi ‘modal’ lelaki gila seks... minta peminat report jika ternampak video jijik itu di laman sosial

Wany minta orang ramai laporkan mengenai video lucah yang dimuat naik di laman sosial.

JIJIK dan melampau... sebuah rakaman video aksi tidak senonoh seorang lelaki memuaskan nafsu dengan menggunakan foto penyanyi Wany Hasrita tular di laman sosial pada Jumaat.

Wany, 29, yang menyedari perkara itu atas maklumat pengikut laman sosialnya memohon orang ramai melaporkan video itu kepada pihak Twitter agar segera dihapuskan.

"Assalamualaikum... saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua yang DM saya berkenaan isu video di Twitter tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita sedih isu bunuh diri jadi bahan jenaka, mohon netizen henti sebar foto lelaki maut terjun tingkat 3

"Saya sebenarnya tak boleh nak buat apa, cuma apa yang boleh saya buat report (melaporkan) benda tu," katanya menerusi Instastory.

Saya nak minta jasa baik korang sesiapa yang terlintas dekat timeline atau ternampak benda (video) tu mintalah report sekali!

WANY HASRITA

PENYANYI

Sebelum itu, satu akaun Twitter memuat naik video seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan foto Wany Hasrita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemerhatian di akaun tersebut mendapati pemilik turut memuat naik video aksi yang sama kepada foto wanita lain.

Wany minta peminat lapor mengenai video tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berharap individu berkenaan dapat menurunkan video tidak bermoral itu.

"Jadi saya nak minta jasa baik korang sesiapa yang terlintas dekat timeline atau ternampak benda (video) tu mintalah report sekali.

"Kita sama-sama report... insyaAllah nanti kut dia orang turunkan video tu ke... terima kasih semua!" ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain