suria

Pukul penghantar makanan, Lan Pet Pet jelaskan punca hilang sabar... dakwa dimaki selepas buat teguran

Lan jelaskan mengenai insiden pukul lelaki seperti video yang tular baru-baru ini.

PROVOKASI dan teguran tidak diendah menyebabkan pelawak Lan Pet Pet hilang sabar hingga memukul seorang penghantar makanan seperti yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular, baru-baru ini.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Lan atau nama sebenar Mazlan Ahmad, 52, berkata insiden itu terjadi selepas dia menegur lelaki berkenaan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya semasa melalui Jalan Ampang berhadapan Kedutaan Russia.

"Saya menegur pemuda itu... sebab tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lan Pet Pet buat hal lagi, video gaduh tular di media sosial

"Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi... saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan, takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja," katanya menerusi laporan BH.

Video mirip Lan memukul lelaki penghantar makanan tular di media sosial.

Rakaman video dipercayai pelawak Lan Pet Pet bergaduh dengan seorang lelaki tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa ahli kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap pengguna jalan raya lain.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan tetapi cuba ditenangkan tiga lelaki lain.

Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah!

LAN PET PET

PELAWAK

Malah, Lan turut melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.

Sementara itu, Lan berkata dia enggan memanjang isu berkenaan dan akan mengadakan pertemuan dengan pekerja penghantaran makanan itu pada petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.

"Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama," ujarnya.

Netizen serang Instagram Lan dan pelawak ini sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Dalam pada itu, Lan berkata dia sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan berkenaan pada petang Selasa.

Malah, dia turut kesal dengan tindakan wanita yang merakam dan menyebarkan video kejadian itu.

"Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

"Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

"Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain