suria

Neelofa belanja sakan beli karpet berkualiti tinggi RM10,000, pekerja kedai akui jadi tumpuan selepas viral

Foto dan video Neelofa bersama suami di kedai karpet di Nilai menjadi tular.

ISU membabitkan Neelofa mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai baru-baru ini semakin hangat diperkatakan apabila selebriti itu didakwa membelanjakan RM10,000.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Hussein mengesahkan perkara itu dengan memberitahu Neelofa bersama suaminya, Pencentus Ummah (PU) Riz datang ke di kedai tersebut untuk membeli karpet pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri beli karpet di Nilai 3, Neelofa dan PU Riz dipanggil polis

"Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

"Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di premis Naeem Carpet di Nilai 3, Seremban.



Perkongsian Neelofa bersama suami yang berada di Nilai cetus kemarahan netizen.

Menerusi laporan tersebut, kedai karpet yang dikunjungi oleh selebriti berusia 32 tahun itu dan suaminya dikenali sebagai Naeem Carpet mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Hussein turut memberitahu penularan video dan foto kunjungan pasangan itu di kedai tersebut telah menimbulkan masalah sehingga menyebabkan polis datang untuk mengambil keterangan daripada pihaknya.

"Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan," katanya.



Neelofa masih mengunci mulut mengenai dakwan dia merentas negeri ke Nilai.

Biarpun pelbagai masalah yang timbul, Hussien berkata kedai karpet itu menjadi terkenal dan menerima kunjungan ramai orang pada hujung minggu lalu.

Susulan dakwaan langgar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, pasangan selebriti itu sudah dirakam keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, pada Selasa lalu.

Sementara itu, pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof berkata, kertas siasatan berhubung isu itu kini di peringkat akhir dan sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan pada Khamis, namun dikembalikan semula.

"Ini kerana ada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan lanjut. Kita sedang memperkemaskan kertas siasatan sebelum keputusan selanjutnya dibuat," ujarnya.

Sebelum ini, bekas pengacara program MeleTOP itu memuat naik video di laman sosial Instagramnya menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3.

Bagaimanapun, dia memadam video berkenaan beberapa minit kemudian sebelum ia tular di media sosial.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain