suria

Neelofa, PU Riz dah beri keterangan isu rentas negeri beli karpet di Nilai 3

Neelofa dan PU Riz beri keterangan kepada polis berhubung dakwaan rentas negeri.

SUSULAN isu rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan, pengacara dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor dan suami, Pencetus Ummah (PU) Riz telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan, pada petang Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman, siasatan akan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Neelofa rentas negeri ‘shopping’ di Nilai 3 - “Buka kedai karpet pula ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri beli karpet di Nilai 3, Neelofa dan PU Riz dipanggil polis

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai yang pasangan ini telah dipanggil beri keterangan hari ini untuk mengetahui sama ada mereka telah mendapat kebenaran dari polis untuk merentas negeri.

"Siasatan yang dilakukan polis sama sahaja dan tiada bezanya antara selebriti, orang awam atau orang kampung," katanya seperti dipetik Awani.

Pihak polis juga akan memanggil pemilik dan pekerja kedai karpet yang dikunjungi Neelofa dan PU Riz bagai memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.



Neelofa sebelum ini dikompaun sebanyak RM60,000 gara-gara majlis perkahwinannya langgar SOP.

Neelofa, 32, dan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3, di Nilai menjadi tular pada Sabtu lalu.

Bekas pengacara MeleTOP itu kemudiannya memadamkan video tersebut selepas perkara itu menjadi tular di kalangan netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir ke majlis perkahwinannya tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial.

Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain