suria

Tokti tutup komen IG... polis panggil 8 individu jawab isu majlis tahnik

Siti Nurhaliza mengadakan majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu.

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya selepas dikecam susulan penganjuran majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi pemerhatian mStar, Siti, 42, menutup ruangan komen di beberapa entri terbaharu di media sosial miliknya itu bagi mengelakkan kata-kata negatif yang boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ‘kena’ lagi! Netizen tak senang hati tengok majlis tahnik Muhammad Afwa - “PDRM boleh la saman Tokti”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus tak rentas negeri untuk tahnik anak Siti Nurhaliza, kebetulan ada di Kuala Lumpur

Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Siti tutup komen di Instagram.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.

Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan tiga penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Kes masih lagi dalam siasatan dan pihak polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan.

ASISTEN KOMISIONER MOHAMAD FAROUK ESHAK

KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA

Sementara itu, polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut berhubung pelanggaran SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes masih lagi dalam siasatan dan pihak polis dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangan," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain