suria

“Saya rasa biasa saja, tak terlampau seksi pun” - Nadia Brian ambil tindakan terhadap pihak jatuhkan reputasinya

Nadia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengambil kesempatan terhadapnya.

PELAKON Nadia Brian menganggap pemakaiannya ketika majlis bridal shower Ahad lalu tidak keterlaluan seperti yang heboh diperkatakan di laman sosial.

Malah, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkata, isu itu menjadi sensasi apabila terdapat blogger yang mengangkat komen netizen sebagai tajuk utama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak terfikir bawa jurusolek pergi honeymoon” - Nadia Brian terkejut dikaitkan isu minta tajaan bulan madu

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya kenapa tak buat majlis kahwin di rumah sendiri? Ini komen Nadia Brian!

"Saya rasa biasa sahaja... tak adalah terlampau seksi pun, ia jadi isu apabila ada blogger yang menggunakan komen netizen sebagai tajuk utama yang boleh menimbulkan rasa kurang senang pembaca," ujarnya kepada mStar.

 

Antara foto yang dimuat naik Nadia di sekitar majlis bridal shower Ahad lalu.

Selain itu, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berniat menjatuhkan reputasi dirinya sebagai pelakon dan usahawan.

Menurut Nadia, komen netizen yang menyentuh isu liang lahad yang dijadikan tajuk artikel sebuah blog juga disifatkan melampau.

Foto yang dimuat naik Nadia mengundang kecaman netizen.

"Komen netizen berkaitan sampai ke liang lahad is too much! Tindakan mereka ini menjatuhkan reputasi saya sebagai pelakon dan juga usahawan.

"Saya boleh saja delete komen itu bila-bila masa yang saya nak. Saya dah simpan segala benda yang boleh dijadikan bukti dan kita lihat apa kata peguam saya nanti. Negara kita ada undang-undang," katanya.

Perkataan sampai ke liang lahad is too much! Tindakan mereka ini menjatuhkan reputasi saya sebagai pelakon dan juga usahawan.

NADIA BRIAN

Pelakon

Terdahulu, Nadia Brian berkongsi beberapa foto di sekitar majlis bridal shower bersama beberapa rakan baiknya.

Nadia turut memuat naik beberapa foto memperlihatkan dia memakai low cut dress berwarna merah dan berendam di dalam kolam.

Perkara itu sekaligus mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang menyifatkan pemakaian Nadia sebagai terlalu seksi hingga ada yang mempersoalkan tindakan pelakon itu terlalu mengikut budaya barat.

Nadia Brian, saman

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak