suria

Nora Danish, Tiz Zaqyah pula positif Covid-19, mohon kontak rapat buat ujian calitan

Nora dan Tiz maklumkan mereka dijangkiti Covid-19.

DUA pelakon drama Covid Oh Covid iaitu Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mereka disahkan positif Covid-19 pada pagi Ahad.

Menerusi laman Instagram, Nora, 39, berkata hasil keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan mendapati dia telah dijangkiti virus tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Nora buat ujian sebab kontak rapat kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 ahli keluarga positif Covid-19, Nadia Brian terlalu bimbang hingga menitiskan air mata

"Sekarang Nora kuarantin di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan ujian PCR pukul 12 tengahari tadi dan doakan untuk kami semua ya.

Nora kongsi berita mengejutkan ini di Instagram.

"Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4 hingga 8 Mei, tolong buat swab test ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya!" katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Tiz atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, memberitahu dia turut menerima keputusan sama selepas melakukan ujian calitan kerana berasa tidak sihat.

Tiz mohon orang ramai berwaspada bahaya Covid-19.

"Assalamualaikum... bermula dengan batuk ringan dan menggigil, terasa badan saya tak macam biasa.

"Pada Ahad dalam pukul 8.30 pagi saya menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya memaklumkan saya disahkan positif Covid-19 dan dinasihatkan kuarantin diri di rumah.

"Tolong dapatkan ujian segera jika ada demam, selsema, bersin, sakit kepada. Jangan terlalu yakin sebab mungkin ada yang tiada simptom... pergi buat ujian sebelum ia menjadi lebih teruk. Duduk di rumah. Ia (virus) ada di mana-mana sahaja. Ini bukan gurauan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain