suria

Aura lagu arwah Achik Spin memang lain macam, tiga kali Tajul keluar masuk studio - “Kalau suruh lagi saya surrender”

TIADA kata selain bersyukur... itu luahan penyanyi Tajul atas perubahan yang berlaku kepada isteri yang kini tampil berhijab.

Ujar Tajul, penghijrahan isterinya berlaku selepas kisah pemergian Allahyarham Siti Sarah hingga menjentik hati isterinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Isteri saya rasa terdetik untuk bertudung selepas kisah pemergian Allahyarham Siti Sarah, mula daripada situ dia cakap nak pakai tudung.

“Saya tak pernah larang dia nak pakai tudung, saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni, saya suka dan keluarga pun suka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tajul bakal tampil dengan lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal arwah abangnya iaitu Achik Spin.

“Nyanyi lagu ini sedikit sebanyak mengubat rindu kepada arwah. Ini adalah kali pertama saya rakam lagu arwah sebab bukan senang untuk kita nak dapatkan kepuasan pendengar,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi