suria

Ieda Moin alami masalah pendarahan dalam rahim, hypertension... doktor nasihat tangguh vaksin - “Setiap bulan ulang-alik hospital”

PELAKON Ieda Moin berharap agar tidak wujud amalan berpuak-puak dalam industri kreatif hanya disebabkan status vaksinasi seseorang.

Akui Ieda atau nama sebenar Siti Haida Abd Moin, dia sendiri masih belum menerima suntikan vaksin disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Janganlah fasal vaksin ni kita bergaduh-gaduh, industri kita ni kecil dan mana-mana kita pusing kita jumpa. Jangan ada perasan untuk berpuak-puak dan menunding jari sesama sendiri.

“Saya ada hypertension yang tinggi dan ada masalah dengan pendarahan vagina yang teruk baru-baru ini. Saya dinasihatkan untuk rehat dulu bagi badan okay dan baru vaksin,” katanya kepada mStar.

Tambah pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin ini, isu status vaksin adalah sensitif bagi sesetengah individu yang berdepan isu kesihatan selain ia adalah pilihan setiap individu.

“Pendapat saya sendiri, kita tidak boleh menunding jari sebab vaksin adalah pilihan dan bila ada isu timbul, kami akan rasa susah dan risau.

“Kita tidak boleh nak judge sebab kita tidak tahu situasi yang sebenarnya dan janganlah kita berbalah fasal vaksin,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ieda Moin, Vaksin, Covid 19,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi