suria

Berani kongsi foto berseluar dalam, penyanyi BBNU Ahmad Adly nak tiru Justin Bieber - “Tak sangka pula jadi kecoh”

GARA-GARA memuat naik gambar tidak berbaju dan hanya memakai seluar dalam jenis boxer, penyanyi baharu Ahmad Adly menerima teguran daripada peminat.

Menurut Adly, 21, dia tidak menyangka gambar tersebut menjadi perhatian pengikut Instagram selepas berkongsi foto yang mempamerkan keperibadian sebenarnya.

“Saya tak sangka gambar itu jadi kecoh... orang cakap tak suka, saya upload sebab kualiti gambar tu dan faham tentang sensitivi orang.

“Saya tak boleh nak fake diri sendiri untuk orang lain, saya bangga untuk tunjukkan diri saya kepada orang ramai. Kepada yang tak suka, saya tak boleh puaskan hati semua orang,” ujarnya kepada mStar.

Tambah penyanyi lagu Nota Hasratku ini, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar atau video di media sosial.

“Memang saya akan lebih berhati-hati, saya cakap awal-awal yang saya pun manusia biasa tidak lari daripada kesilapan... saya minta maaf,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi