suria

Disangka tiru Neelofa, pakai tudung labuh ikut trend... Ai Wahida kecewa kawan baik sendiri ragu-ragu - “Kita tak boleh tutup mulut orang”

PENYANYI Ai Wahida bersyukur apabila hatinya terbuka untuk tampil dengan imej bertudung labuh selepas mendapat nasihat daripada seorang pengikut media sosial.

Menurut Ai Wahida yang mesra disapa Wawa, walaupun tidak mengenali individu itu namun cara wanita berkenaan menitip pesanan membuatkan dia sebak dan terharu.

“Satu hari tu ada seorang kakak ni, saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya... kami saling tidak mengenali, apa yang membuatkan saya rasa terharu apabila dia tegur dengan cara yang sangat baik.

“Walaupun teguran itu ringkas tapi ia buat saya sebak dan terharu sebab sebelum ini tiada seorang pun yang tegur dengan cara baik macam itu,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ai Wahida tanggung derita disihir kawan sendiri - “Keluar cecair seperti muntah darah dan beberapa bilah jarum serta paku”

Dalam pada itu, Wawa mengakui sering menerima tohmahan daripada kawan baiknya sendiri selepas dia bertudung labuh.

“Ada yang cakap saya ikut trend, kawan-kawan sendiri tu yang cakap macam tu. Ada yang cakap... Neelofa pakai tudung labuh, pakai purdah kau pun nak ikut juga.

“Tapi biarlah orang nak kata apa... yang penting kita buat benda yang betul jadi tak perlu fikir pun apa orang nak cakap,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi