suria

Reedzwann rupa-rupanya hidap anxiety, tapi dituduh menagih - “Saya kecewa orang kata saya hisap dadah”

PENYANYI lagu hit Adakah Ini Mimpi iaitu Reedzwann kesal dengan tuduhan beberapa individu yang mendakwa dia mengambil barang terlarang.

Ujar Reedzwan atau nama sebenar Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, tuduhan itu berikutan perubahan fizikalnya yang semakin kurus.

Namun jelas Reedzwan, dia sebenarnya menghidap anxiety (kegelisahan melampau) hingga membuatkan dia mengalami masalah untuk tidur.

“Dah setahun ada anxiety, apabila kita anxiety ni malam-malam susah untuk tidur sebab suka berfikir... benda yang tak jadi lagi tapi kita dah fikir.

“Ya betul sekarang saya kurus, tapi saya lagi stress apabila orang cakap saya hisap dadah... bila saya live di Instagram orang cakap saya ambil dadah, saya kecewa!,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Reedzwann akui pernah tidak bersemangat untuk meneruskan kerjayanya namun bersyukur memiliki ibu dan bapa yang terus memberi sokongan moral.

“Jujur saya pernah rasa susah untuk teruskan lagi, rasa macam tak ada semangat tapi bila kita tengok muka emak dan ayah... semangat itu datang balik,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Reedzwann, BBNU, Artis, Anxiety,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi