suria

Zynakal masih makan ubat, lucu tengok muka sendiri makin bulat - “Walaupun PKP kesihatan mental kena jaga!”

PENYANYI Zynakal meluahkan rasa syukur kerana emosinya tidak terganggu sepanjang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut Zyn, dia sudah terbiasa bersendirian dan lebih suka meluangkan masa di rumah.

“Saya memang seorang yang suka duduk seorang diri, jadi bila pandemik tak rasa kekok.

“Sejujurnya saya memang ramai kawan tapi kalau rindu kita buat video call sahaja la... tak ada masalah nak berborak menggunakan teknologi hari ini.

“Tentang kesihatan mental... saya masih lagi mengambil ubat yang diberi doktor. Agaknya sebab itu saya makin bulat!” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zynakal kini sedang mempromosikan lagu terbaharu berjudul ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar’ kolaborasi bersama penyanyi senior, Dayang Nurfaizah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Zynakal, Dayang Nurfaizah, BBNU,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi