suria

Dayang Nurfaizah terpaksa ikut ‘tempo’ artis BBNU, belajar main TikTok - “Nak try juga tapi taknak sampai orang cakap buang tebiat”

LEBIH 20 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Dayang Nurfaizah berkata pandemik Covid-19 memberi banyak hikmah dalam hidupnya.

Kata Dayang, dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang berkurung di rumah kerana PKP.

“Walaupun PKP sekarang ni tapi saya agak sibuk di rumah. Banyak benda yang saya tak pernah buat sebelum ni saya mula belajar buat sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun teringin nak kahwin!” - Dayang Nurfaizah akui mula rasa cemburu tengok ramai artis tamat zaman bujang

“Selepas 20 tahun dalam bidang ini, tahun ini saya baru mula belajar macam mana nak rakam suara, buat video sendiri dan sebagainya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya ni perlukan masa untuk belajar sesuatu baharu, jadi dalam tak sedar aktiviti di rumah buat saya jadi sibuk,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dayang baharu sahaja muncul dengan single baharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama penyanyi Zynakal.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi