suria

“Saya tak pernah mengeluh... masih fight pertahan bisnes” - Eric Floor88 kena cyberbully gara-gara mengaku terkesan pandemik

GARA-GARA mengakui sudah dua bulan tiada sumber pendapatan sehingga terpaksa bergantung wang simpanan, pelakon Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88 menerima kecaman hebat netizen.

Terkesan dengan komen yang ditulis oleh netizen di media sosial, Eric tampil menjelaskan mengenai salah faham dalam kenyataannya itu!

“Semasa berlangsungnya sidang media filem Hutang 2D, ada wartawan bertanya mengenai keadaan terkini kami sebagai selebriti dalam meneruskan kelangsungan hidup di kala pandemik ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tebus rasa bersalah buat orang ‘terliur’ di media sosial, Eric Floor 88 hulur makanan percuma kepada golongan susah

“Saya jawab jujurlah! Saya bukan menipu... saya jawab sekarang ni memang terkesan tapi saya teruskan dengan perniagaan di Masok Foodcourt, saya akui semua orang berdepan masalah sama!

“Tak pernah sekali pun saya mengeluh! Malahan kami di Masok Foodcourt setiap hari buat sumbangan 400 bungkus makanan untuk diedarkan pada orang ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Gara-gara artikel itu saya jadi down la... bangun tidur dapat mesej dalam group beritahu saya dikecam kerana berita itu,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi