suria

Nubhan ‘backup’ Siti Nordiana? Harap konflik dengan Lan Solo, Syura berakhir - “Saya tak nak menyibuk... buat semak dia je nak bagi nasihat”

KONFLIK membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan dua lagi selebriti iaitu Lan Solo dan Syura turut menarik perhatian rakan artis lain.

Rakan baik Siti Nordiana iaitu Nubhan turut terpanggil berkongsi pandangannya mengenai isu ini.

Enggan menyebelahi mana-mana pihak, penyanyi lagu Sekali Lagi ini meminta mereka yang terlibat duduk berbincang menyelesaikan segala salah faham secara berhemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo, Syura Badron tak mohon maaf... Siti Nordiana nekad saman demi bersihkan nama

"Saya tak boleh nak ulas apa punca yang mereka marah sangat tu... tapi kalau marah macam mana pun jagalah aib kawan-kawan tu!

"Masing-masing kenalah kendalikan diri, cakap elok-elok dari buka aib. Kita semua kenal kawan-kawan, tahu mulut masing-masing... tapi kalau ada batu api, benda kecil pun boleh jadi besar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak mahu keruhkan keadaan atau menyibuk masalah mereka. Tak perlu nasihat... cukuplah mereka melihat kita semua mahu mereka kembali berbaik semula," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi