suria

Pilihan di tangan pelakon dan kru, ambil vaksin boleh dapat ‘job’... Pengarah Shahrulezad tak kompromi isu SOP

PENGARAH terkenal Shahrulezad Mohameddin menyambut baik keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membenarkan aktiviti penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Salah satu syarat ialah mewajibkan mereka yang terbabit dalam penggambaran itu perlulah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Meskipun tidak memaksa artis atau kru untuk mengambil vaksin, Shahrulezad berkata dia hanya akan berurusan dengan mereka yang sudah mengambil vaksin sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lapar’ perhatian, Shahrulezad kesal pelakon wanita sanggup buka pekung artis lain di TikTok - “Dia tutup periuk nasi sendiri”

“Kita dapat tahu daripada Finas boleh mula penggambaran tapi di negeri yang sedang melaksanakan PPN fasa kedua. Ada syarat-syarat tertentu termasuklah sudah melengkapkan dos suntikan vaksin.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak mengenai syarat itu memandangkan kita sedang berdepan penularan wabak Covid-19. Bagi saya individu yang tak nak ambil vaksin itu hak mereka sebab kerajaan pun tak wajibkan... tapi setiap entiti perniagaan ada hak untuk berurusan dengan mereka yang sudah mendapatkan vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Buat masa ini kebanyakan kru dan pelakon drama saya sudah mendapatkan suntikan dos pertama... kami sedang menunggu dos kedua,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi