suria

Jaafar Onn dituduh orang tua tak sedar diri sebab main TikTok, serba tak kena - “Saya tak dendam, bukan semua orang suka kita”

SERING memuat naik video parodi dan posting lucu di aplikasi TikTok, pelakon dan penyanyi veteran Jaafar Onn berkata dia tidak ambil pusing dengan sebarang kritikan netizen terhadap perkongsiannya itu.

Jaafar atau lebih mesra disapa Papa J berkata dia tidak berkecil hati dengan komen negatif yang ditulis netizen dan menganggap ia lumrah biasa sebagai seorang anak seni.

“Sebenarnya kita muda atau tua, fikirkan tentang jiwa kita... walaupun dah jadi berusia 70 tahun, dah warga emas, selagi sihat kita ikutlah perkembangan semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaafar Onn masih laris pada usia emas! Gigih ke sana ke sini demi ‘job’ kencang

“Tak jadi masalah orang nak kecam, tak jadi kudis pun... bukan mereka yang bagi duit dekat kita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ada kata saya orang tua tak sedar diri! Tak kisahlah nak kata apa pun, saya tak terasa hati atau simpan dendam kerana itu lumrah hidup manusia," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi