suria

Ogy Ahmad Daud ‘berbulu’ sikap pelakon baharu kuat merajuk, tak boleh ditegur - “Saya tak tergugat... level saya dah lain”

TAK habis-habis isu sikap pelakon baharu khususnya yang lahir daripada media sosial menjadi buah mulut ramai dalam kalangan artis veteran.

Terbaharu, pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud, 59, meluahkan apa yang terbuku di hati tentang pengalamannya ketika berhadapan golongan berkenaan.

“Saya faham itu semua adalah rezeki masing-masing, tapi tolong hormati bidang seni ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Apabila saya tanya apa itu seni lakon, mereka jawab sekadar untuk menghafal dialog... terus rasa nak sepak!” katanya pada sidang media drama Ayahanda yang disiarkan di slot Lestary di TV3.

Tambah Fauziah, dia memahami setiap pelakon perlu melalui fasa tertentu dalam mengembangkan karier seni masing-masing.

“Kenapa tak jadikan bidang ini sebagai sesuatu yang serius... saya faham anda tak boleh jadi pelakon profesional dalam masa satu hari.

“Tapi anda perlu melalui proses, kena sertai workshop atau kelas lakonan. Sama juga macam kami pelakon senior sekarang ni, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi