suria

Vida suruh jual batu sungai, kongsi idea bisnes tanpa modal elak harap bantuan - “Ramai orang nak bertungku... asyik beranak”

SELEPAS teruk dihentam kerana kenyataannya melabel orang yang mengharapkan bantuan menerusi kempen ‘bendera putih’ sebagai pemalas, usahawan kosmetik DatuK Seri Vida akhirnya tampil memberi idea bisnes tanpa modal.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, orang ramai perlu menggunakan kreativiti masing-masing bagi memulakan perniagaan yang diyakini berupaya menjana pendapatan.

“Mungkin anda tengok batu sungai tak ada nilai, tapi bagi saya sebagai usahawan ia sangat bernilai.

“Pergi ambil batu sungai yang elok dan jual... sekarang ni ramai yang beranak dan nak bertungku, ” katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Baru-baru ini Vida menerusi video di TikTok berkata mereka yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif ‘bendera putih’ adalah pemalas kerana enggan berusaha.

Ujar beliau pelaksanaan PKP ketika ini bukan alasan orang masyarakat di negara ini terus menerus menagih simpati tanpa berusaha.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi