suria

“Nak bercinta dengan siapa itu dia punya fasal” - Zara Zya tak ambil tahu gosip Hafreez Adam dan Azar Azmi

KETIKA gosip cinta antara pelakon Hafreez Adam dan Azar Azmi sedang hangat diperkatakan, ada pula peminat yang mengaitkan nama aktres Zara Zya.

Lebih tidak manis apabila mereka membandingkan tentang kesesuaian antara Zara dan Azar untuk bercinta dengan Hafreez.

Namun bagi Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin, 36, dia tidak ambil ‘pusing’ tentang hal berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“No comment, selepas hubungan kami berakhir saya memang tak ada ambil tahu fasal dia dan tak kisah pun dia nak bercinta dengan siapa.

“Buat masa sekarang ni saya tak berani nak berkongsi apa-apa tentang hal peribadi saya lebih-lebih lagi soal jodoh, nanti jadi bahan bualan orang pula, ” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Hafreez sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Zara Zya pada Oktober 2019 namun hubungan itu tidak bertahan lama selepas mereka putus tunang sebulan selepas itu.

Sementara Azar pula putus tunang dengan penerbit filem, Haz Roslan pada Februari tahun lalu selepas bertunang pada Disember 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi