suria

‘Kalau boyfriend, girlfriend korang kata sweet pula!” - Jasmin Hamid pelik suap anak bujang makan pun jadi isu

GARA-GARA video menyuap makan kepada anak lelakinya, Ian Haziq, 20, pelakon Jasmin Hamid menerima kecaman netizen.

Tampil mempertahankan diri, Jasmin berkata, perbuatannya itu bukan satu kesalahan kerana ia adalah tanda kasih sayang antara ibu dan anak.

“Saya rasa pelik lah, kalau pasangan boyfriend dan girlfriend yang bersuap orang komen kata nampak sweet pulak.

“Takkan lah nak suap makanan dan cium pipi anak sendiri pun jadi masalah? Saya yang kandungkan dia dalam perut dulu, ” ujarnya.

Menurut pelakon drama Cukup Derita itu, amalan menyuap makanan kepada anak-anaknya itu sudah dilakukan daripada arwah ibu bapanya lagi.

“Arwah ibu bapa saya memang macam tu, walaupun dah besar kadang mereka ada suap saya makan kerana rindu waktu anak-anaknya masih lagi kecil.

“Saya faham, ada sesetengah orang yang tak amalkan benda ini dan ia kelihatan pelik bagi mereka kerana tiada ikatan sebegitu antara ahli keluarga, ” ujarnya.

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama an Rashid Macquistan dan berpisah pada 4 Februari 2008.

Hasil daripada perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki Ian Haziq, 20 dan mengambil dua orang anak angkat iaitu Rohana, 31, dan Lukhman Hakim, 25.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi