suria

Tiga impian Bunga Isme sebelum kahwin... salah satu kena ada rumah untuk ibu dahulu - “Saya masih muda banyak lagi belum buat!”

SERING diajukan soalan mengenai jodoh daripada peminat, penyanyi rap Bunga Isme berkata terlalu awal untuknya memikirkan mengenai hal perkahwinan itu.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini, dia perlu membuat persediaan untuk keluarga terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan.

"Bila nak kahwin? Lambat lagi kut sebab saya rasa masih muda dan banyak lagi perkara yang saya belum capai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme tak sangka ‘dapat’ Noraniza Idris dalam lagu ‘Intan Payung’ - “Saya memang bayangkan Kak Ani seperti ibu menasihati anak”

"Sebelum kahwin, saya tanam hasrat untuk memenuhi keperluan keluarga dahulu iaitu ada rumah untuk emak, ada kereta sendiri supaya saya mudah bergerak dan mahu buat album.

"Saya teringin nak berkolaborasi bersama penyanyi Yuna... tapi buat masa ini kita belajar dulu, bila dah ada keyakinan barulah saya akan teruskan hasrat ini," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bunga tampil dengan lagu baharu berjudul Mereng hasil ciptaannya bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong.

Lagu ini merupakan runut bunyi untuk telemovie berjudul Holiday Aji Tom yang akan ditayangkan tidak lama lagu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Video muzik lagu tersebut turut memaparkan potongan babak telemovie Holiday Aji Tom menampilkan barisan pelakon antaranya Jalil Hamid dan Syafiq Kyle.

Mereng boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat lalu manakala MV rasmi di Youtube Warner Music Malaysia.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Bunga Isme, Mereng, soalan kahwin,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi