suria

Durian Balik Pulau masuk KL! Mila Jirin bikin peminat raja buah tak keruan - “Orang nak makan, saya tak ambil untung besar”

BAGI menampung pendapatan syarikat yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Mila Jirin meneruskan perniagaan buah durian untuk tahun kedua.

Meskipun keuntungan jualan tidak besar, Mila berkata cabang perniagaan bermusim ini sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapatan dan kos operasi membayar gaji pekerja.

“Ini salah satu cabang rezeki yang Allah pinjamkan untuk saya, sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapatan... tetapi kebun durian itu bukan saya punya, orang lain punya. Kita beli buah dari orang kira tumpang-tumpang la, kita tolong jual.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup buang pekerja, Mila Jirin cari inisiatif lain dengan jual kek - “Saya tak harap untung tapi nak pastikan pekerja dapat gaji”

“Untung pun tidaklah besar, saya tak mahu meletakkan keuntungan melebihi batas sebab ini barang makan! Sejujurnya saya teruskan perniagaan durian ini kerana kepuasan dan keseronokan.

“Kalau saya duduk sahaja tak buat apa-apa, saya akan jadi bosan dan hanya memikirkan masalah lain. Jadi saya dan suami mahu jadikan perniagaan ini sebagai aktiviti tahunan. Dalam masa sama dapat jana pendapatan sikit-sikit, Alhamdulillah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kami dapatkan stok durian segar dari Balik Pulau... ramai orang utara yang minat durian. Durian ini buah bermusim, masuk bulan Julai dah semakin kurang, jadi berniaga durian ini merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan setiap tahun," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi