suria

Tak sanggup buang pekerja, Mila Jirin cari inisiatif lain dengan jual kek - “Saya tak harap untung tapi nak pastikan pekerja dapat gaji”

Mila bersyukur pekerjanya bersatu hati membantu menjalankan perniagaan menjual kek demi kelangsungan syarikat.

SUSULAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac akibat penularan wabak Covid-19, banyak perniagaan mengalami kerugian.

Penyanyi Mila Jirin yang juga pemilik syarikat perancang perkahwinan Bizmilla mengakui perniagaannya berdepan situasi sukar apabila terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Bagaimanapun, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, berkata, dia tidak akan membiarkan semua pekerjanya hilang punca pendapatan disebabkan masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tutup muka anak dengan topeng muka dan tudung” - Mila Jirin jadi paranoid, segera pulang dari Pulau Tioman patuhi arahan PKP

"Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha-usaha ini membantu serba sedikit.



Mila dan pekerjanya bergabung menghasilkan idea menjual kek di Instagram.

"Terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja-pekerja saya hilang punca pendapatan.

"Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan.

"Saya mohon, pada rakan-rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja-pekerja saya," kata Mila menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Mila turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai pekerja yang sanggup bersatu hati untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan bersama syarikatnya.

Kata Mila, pekerjanya bergabung mencetuskan idea untuk menghasilkan manisan seperti kek untuk juadah di bulan Ramadan serta sebarang majlis yang disambut di rumah.

Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan.

MILA JIRIN

PENYANYI DAN USAHAWAN

"Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat.

"Dan untuk memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih.

"Team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama-sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek yang super sedap.

"Untuk juadah Syawal dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan di rumah," ujarnya.

Dalam pada itu, meskipun kos operasi dan pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan namun dia tetap berfikir positif untuk berjuang bersama pekerjanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mila Jirin, Bizmilla, PKP, Covid-19,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah